DIY Buat Pasu Bunga Daripada Tayar | Kalau kita pergi ke kedai tayar , banyak sungguh tayar botak dilonggokkan di situ . Tayar tu walaupun sudah tidak boleh digunakan di atas jalan lagi tapi tayar itu boleh dijadikan pasu bunga .
Boleh saja anda membeli tayar tersebut untuk dijadikan pasu bunga dari tayar yang berwarna warni . Seperti contoh di atas , anda boleh tanam bunga di dalam tayar dan gantungkan tayar tersebut . Sangat indah bukan .
Selain tayar menjadi tempat tanam bunga , anda juga boleh jadikan tayar sebagai tempat duduk di laman / taman rumah anda .
Kelihatan sangat kemas bila pokok yang ditanam di dalam tayar boleh dijadikan bonsai . Dirapikan bentuk daunnya dengan pelbagai bentuk yang anda gemari .
Anda juga boleh jadikan tayar sebagai pasu bunga yang bertingkat - tingkat . Tanam pokok bunga yang berlainan jenis supaya warna warni bunga itu menjadi lebih menawan .
Anda juga boleh potong tayar menjadi dua dan menyusun tayar supaya menjadi bentuk bunga dan sebagainya . Lakukan bersama anak-anak ketika menanam pokok bunga di dalam tayar . Tentu aktiviti itu lebih menarik selain mengajar anak cara menanam .
0 comments