Idea Mudah Buat Props Guna Bunga | Props merupakan aksesori sampinganyang menaikkan lagi seri majlis dan juga persembahan . Props ada banyak jenis bergantung kepada jenis majlis yang anda mahu buat .
Contoh props bunga-bungan yang dikongsikan di sini menggunakan bunga-bungaan . Bunga-bungaan merupakan props yang paling popular terutamanya untuk majlis pertunangan dan perkahwinan .
Jenis bunga yang digunakan untuk props , boleh sahaja menggunakan bunga segar dan bunga palsu . Kalau anda mahukan yang original dan anda ada banyak bajet , anda boleh gunakan bunga - bungaan segar . Sekiranya bajet anda sedikit , anda boleh sahaja gunakan bunga yang anda boleh buat sendiri untuk dijadikan props .
Pemilihan warna bunga mestilah sesuai dengan tema majlis tersebut . Selalunya majlis perkahwinan atau pertunangan , ada warna tema teretntu yang dipilih . Elakkan warna bunga untuk props nampak tidak berlawanan dengan warna tema pakaian serta aksesori yang lainnya .
Semoga contoh-contoh props menggunakan bunga di atas dapat bantu anda mencari Idea Mudah Buat Props Guna Bunga untuk majlis anda nanti .
Buat sendiri itu lebih jimat dan memuaskan hati berbanding menggunakan perunding .
0 comments