Cara Mudah Hias Pokok Kaktus Di Rumah | Ramai antara kita sukakan pokok kaktus . Dari jenis pokok kaktus yang besar sehinggalah yang kecil . Pun begitu , pokok kaktus kurang sesuai dijadikan hiasan sekiranya anda ada anak kecil kerana duri kaktus yang menusuk itu akan menyebabkan anak anda mengerang kesakitan . Jika tidak dapat dicabut , boleh menyebabkan bengkak dan bernanah .
Kaktus
Kaktus sebenarnya berasal dari Benua Amerika dari keluarga Cactaceae . Kaktus yang batangnya berduri dan mengandungi air di dalamnya sealunya mudah ditemui di kawasan panas dan kering . Duri kaktus berfungsi untuk mengurangkan proses transpirasi . Anda boleh dapati pelbagai jenis dan bentuk pokok kaktus di seluruh dunia .
Cara Mudah Hias Pokok Kaktus Di Rumah
Nak menghias pokok kaktus ni mudah sahaja . Anda hanya perlukan beberapa pokok kaktus , tanah , pasir dan bekas . Anda hanya perlu mengambil daun , ranting atau anak pokok kaktus , tanam diatas tanah yang bercampur pasir di dalam sebuah bekas seperti di bawah ini . Semburkan sedikit air . Cantik bukan ! Menjaganya pun mudah sebab anda tidak perlu siram setiap hari .
0 comments