DIY Tanam Pokok Dalam Bekas Minuman | Sekarang ini , ekonomi semakin merudum . Sebab itu , barang semakin naik harga . Selepas GST , pada Julai ini kakitangan kerajaan akan naik gaji . Maka sudah tentu , harga barangan akan naik lagi . Yang jadi mangsa dan terseksa adalah mereka pendapatannya dari bekerja sendiri dan pekerja swasta yang gaji liat nak naik .
Pun begitu , merungut sahaja juga tidak akan mengubah apa-apa. Penjimatan perlu segera dilakukan terutama untuk perbelanjaan seisi rumah . Selain bil api dan air , perbelanjaan dapur adalah yang paling utama .
DIY Tanam Pokok Dalam Bekas Minuman
Kalau keluarga anda merupakan keluarga yang suka makan sayur , adalah lebih baik anda belajar tanam sendiri di rumah . Banyak sayuran yang anda boleh tanam seperti sawi, kangkung , kobis , tomato , cili , kacang panjang dan sebagainya . Nak tanam sayuran ni , sidah tentu ada kaedah-kaedahnya .
Bekas Minuman
Selain menggunakan kaedah hidroponik di mana tanaman tidak perlukan tanah sebagai medium , hanya menggunakan air untuk membesar , anda juga boleh menggunakan tanah tapi berskala kecil .
Keluasan tanah di rumah teres dan rumah pangsa terutamanya akan menyukarkan hasrat anda untuk menanam sayur . Tapi anda jangan bimbang , anda boleh sahaja menggunakan bekas minuman sebagai salah satu alternatif penjimatan ruang yang ada untuk bercucuk tanam .
Gambar di atas dan di bawah adalah antara contoh bekas yang anda boleh gunakan untuk menanam sayur di rumah kediaman anda . Cuma bila menggunakan tanah , anda perlu pula rajin menjaga semut yang akan hadir bila - bila masa sahaja . Begitu juga dengan ulat .
Kaedah penggunaan bekas minuman ini sangatlah menjimatkan dan mudah untuk diuruskan . Asalkan anda rajin menjaganya , tidak akan ada masalah . Sayuran juga mudah membesar . Jika kita rajin , pasti ada hasilnya .
0 comments