DIY Kebun Kaktus Mini | Kaktus adalah tumbuhan yang tidak perlukan penjagaan rapi . Anda idak perlu siram setiap hari untuk jadikan ianya segar dan sihat . Kaktus adalah tamanam yang sesuai untuk mereka yang kerap meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama .
DIY Kebun Kaktus Mini
Kaktus Mini bersaiz kecil sangat mudah didapati . Di pasaraya besar besar juga ada dijual , jika anda bernasib baik . Kepada pecinta kaktus , anda boleh mevariasikan kaktus anda didalam satu bekas yang sama . Hari ini Chinta nak berkongsi dengan anda beberapa DIY kebun kaktus mini yang sangat mudah dihasilkan dan menarik dilihat .
Untuk menghasilkan kebun kaktus mini ini , anda hanya perlu dapatkan bekas yang sesuai , batu berwarna, batu sungai , tanah dan kaktus mini aka kaktus bersaiz kecil . Olahlah semua jenis bahan itu mengikut kehendak anda agar ianya kelihatan cantik di dalam sebuah bekas .
Chinta pernah berziarah di hari raya ke rumah seseorang . Di beranda rumahnya , banyak pokok kaktus kecil ini diletakkan secara sebaris memanjang . Sekiranya beliau meletakkan beberapa pokok kaktus tersebut didalam sebuah bekas seperti di atas , ianya sudah cukup cantik untuk diletakkan di atas meja kopi juga kabinet kasut atau kabinet perhiasan sebagai hiasan di dalam rumah .
Kepada anda yang suka mendeko atau berkebun juga menghias rumah , idea ini sangat baik untuk di cuba .
0 comments