DIY Buat Bekas Letak Barang Dari Butang | Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi . Ada yang membawa anak - anak bercuti , ada juga yang sekadar menghabiskan masa bersama anak - anak dirumah .
Kalau anda tidak melakukan aktiviti bersama anak - anak di rumah , sudah tentu mereka akan bosan . Justeru itu , sempena cuti sekolah kali ini , Chinta bawakan kepada anda kraftangan yang anda boleh lakukan sebagai aktiviti pengisian cuti sekolah bersama anak - anak anda .
Kalau anda tidak melakukan aktiviti bersama anak - anak di rumah , sudah tentu mereka akan bosan . Justeru itu , sempena cuti sekolah kali ini , Chinta bawakan kepada anda kraftangan yang anda boleh lakukan sebagai aktiviti pengisian cuti sekolah bersama anak - anak anda .
DIY Buat Bekas Letak Barang Dari Butang
Kraftangan menghasilkan bekas letak barang dari butang sangat mudah dihasilkan . Malah bahan materialnya juga sangat mudah untuk didapati dan murah belanjanya .
Untuk menghasilkan kraftangan bekas letak barang dari butang , anda hanya perlukan gam , berus cat , gunting , butang dan juga objek yang boleh digunakan sebagai pencetak bentuk kraftangan anda .
Langkah Pembuatan
Untuk menghasilkan tempat letak barang dari butang , berikut adalah langkah bergambar yang perlu anda lakukan :
- Tiupkan belon dan selepas itu letakkan di atas sebuah bekas . Pastikan kedudukan belon itu sangat kukuh .
- Sapukan gam pada permukaan belon sehingga ke bahagian tengah belon .
- Ambil butang , lekatkan pada belon satu persatu . Biarkan gam kering .
- Tanggalkan butang dari belon dan lihatlah hasilnya seperti di bawah .
Inilah hasil kraftangan DIY lain yang anda boleh hasikan menggunakan butang .
Kepada anak - anak yang aktif , kreatif serta suka mencuba , aktiviti ini sangat sesuai untuk mereka . Mereka boleh saja menghasilkan banyak objek yang mereka mahu .
Bekas letak barang dari butang ini , boleh digunakan untuk meletakkan peralatan di meja belajar , meja solek juga didapur sebagai tempat lek snek .
Manfaatkanlah masa cuti anak - anak anda dengan melakukan aktiviti bersama untuk mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan antara anda dan anak - anak anda .
0 comments