Wednesday, April 20, 2016

DIY Cara Buat Kotak Simpan Barang


Cara Buat Kotak Simpan Barang | Pernahkan anda terfikir untuk menghasilkan sesuatu daripada kotak yang anda dapat dari barang yang anda beli ? Selalunya kita hanya terfikir untuk meletakkan atau menyimpan barang di dalamnya . Tetapi pernahkah anda terfikir untuk menjadikan kotak itu lebih cantik ? Saya juga tidak pernah terfikir . Mungkin imej dibawah dapat membantu anda untuk menghasilkan kotak simpanan yang menarik .


DIY  Cara Buat Kotak Simpan Barang


Kotak Simpan Barang


Selalunya ada saja benda kecil - kecil di rumah kita yang kita tak berapa guna tapi sayang nak buang . Tapi kalau tak buang pulak , nampak bersepah dan adakalanya memenuhkan ruang yang ada terutama di bilik tidur . Selain itu , barang mainan anak - anak juga bila dah banyak akan nampak bersepah . Jadinya , barangan itu perlukan kotak untuk disimpan .

Kotak 

Nak dapatkan kotak ni senang saja . Kalau kita beli barang , memang ada kotak lah kan . Tak kira lah barang tu kecil atau besar . Tapi kalau gunakan saja kotak itu macam tak menarik je kan . Kalau barang itu hendak di simpan dalam bilik stor tak mengapalah juga . Tapi kalau nak diletakkan di ruang tamu ataupun di dalam bilik , sudah tentu kita mahu kotak itu nampak menarik .


DIY  Cara Buat Kotak Simpan Barang


Cara Buat Kotak Simpan Barang


Hendak kotak simpan barang yang cantik , boleh saja kita beli di IKEA atau kedai lainnya . Tetapi kalau kita boleh buat sendiri kotak simpan barang , itu lagi bagus kan . Kita cuma perlu kotak biasa dan hias ikut selera kita . Belanjanya pun lebih menjimatkan . Anda Cuma perlukan
  • kotak seperti gambar di atas
  • fabrik atau kertas balut hadiah
  • gam
  • gunting
Selepas semua barang di atas telah sedia , anda cuba ikut langkah - langkah yang ditunjukkan oleh gambarajah di bawah ini :

DIY  Cara Buat Kotak Simpan BarangDIY  Cara Buat Kotak Simpan Barang


DIY  Cara Buat Kotak Simpan Barang



Mengikut gambaran cara membuat kotak simpan barang , agak mudah pada pandangan mata saya . Yang menjadi susah bila kurang kerajinan untuk menghasilkannya . Pun begitu , bila lihat hasilnya , ianya menjadi tempat simpanan yang indah dipandang .

Sekiranya anda membuat perbandingan kotak simpan barang yang anda beli di IKEA dengan imej di atas , tak banyak bezanya . Beza yang ketara hanyalah dari segi harga / kos yang anda keluarkan .

Kalau anda seorang yang mementingkan perbelanjaan berhemat teknik membuat kotak simpn barang di atas amatlah sesuai dipraktikkan .



Load disqus comments

0 comments