Kitar Semula Tanam Pokok Dalam Tray Telur | Dalam keadaan ekonomi yang makin mendesak , harga barangan yang kian meningkat , menanam sayur sendiri di dalam dan sekitar rumah sangatlah membantu . Banyak barangan yang tak berguna boleh dikitar semula untuk digunakan untuk menanam pokok .
Tray Telur
Setiap kali beli telur 30 biji , kita akan dapat tray telur . kalau seminggu beli dua kali , bila sebulan , dah bertepek tray telur kat dapur . Tahukah anda tray telur itu banyak kegunaannya ? Selain boleh dibuat kraftangan , Tray telur juga boleh dikitar semula .
Kitar Semula Tray Telur Tanam Pokok
Tray telur yang anda dapat setiap kali membeli 30 biji telur , jangan dibuang . Anda boleh kitar semula tray telur dengan menjadikan tempat tanam pokok .
Resap Air
Material tray telur yang seperti kertas itu memiliki fungsi meresap air . Jadinya , bila anda tuang air ke atas tray telur itu , tray telur akan jadi lembab . Kelembapan pada tray telur itu sangat sesuai untuk penanaman pokok .
Cara Menanam
Cara menanam pokok pada tray telur sangat mudah . Anda hanya perlu masukkan pokok dan tanah pada lubang bekas telur . Lepas itu , siramlah air sebagai mana keperluannya .
Jenis pokok
Jenis pokok renek seperti pokok bawang , pokok kuchai , pokok daun bawang , pokok saderi , pokok daun ketumbar , pokok pegaga , pokok sawi dan sebagainya .
Kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar .
0 comments