Wednesday, May 4, 2016

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah


DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah
  | Persediaan mental sebelum memulakan kerja menampal kertas dinding cara DIY dianggap satu kemestian . Dengan persediaan sebegini , kita akan lebih berhati-hati dalam melakukan kesilapan serius yang merugikan .


DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah


Setelah memilih barangan dan melihat kos sebenar di kedai DIY atau pasaraya , luangkan sedikit masa untuk melihat semula senarai produk-produk yang telah dipilih sama ada ia pilihan yang tepat dengan cita rasa dan kualiti atau jenama yang baik .

Kepelbagaian corak dan warna kertas dinding kerap membuat kita ' rambang mata ' sehingga terlupa membuat perbandingan harga kertas dinding atau ia corak lama kertas inding  yang tidak lagi dikeluarkan . Jika kita terbeli barangan sebegini , adalah sukar mencari stok tambahan jika memerlukan tambahan . Corak kertas dinding dibeli mungkin telah ' basi ' dan tidak dikeluarkan lagi oleh pengilang .

Anggaran


Perkara yang perlu anda lakukan sebelum memasang sendiri kertas dinding adalah menganggar

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

1- Ukur Panjang Lebar


Anda perlu mengukur panjang dan lebar kertas dinding . Buat perkiraan ringkas dengan membandingkan keluasan ruang yang akan ditampal dengan kertas dinding ini . Hadkan pembaziran ke tahap seminimum mungkin yang boleh .

2- Ukur Tinggi Dan Darabkan Lebar


Ukur tinggi dinding dan darabkan dengan lebar setiap gulung atau keping kertas dinding . Kemudian buka krtas dinding di lantai untuk melihat koordinasi motif reka bentuk dengan hiasan keseluruhan ruang dalaman rumah . Misalnya adakah corak kuntuman bunga terlalu kecil atau terlalu besar dan adakah ia sepadan dengan ruang keseluruhan dinding ?


DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

3- Lebihkan Kira-kira 50mm


Apabila mengukur kertas dinding , lebihkan kira-kira 50mm ( 2 inci ) pada bahagian atas dan bawah untuk penyudah kerja yang akan menjadi lebih kemas dan bersih . Potong sekeping demi sekeping semasa membuat pemotongan ini .

4- Kedudukan Corak


Pastikan juga semasa mengukur , kita meletakkan corak kertas dinding pada kedudukan yang betul sama ada menegak atau melintang . Jika kita kreatif , susunan boleh dibuat diluar cara biasa ini seperti mengiring dan sebagainya .

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

5- Tentukan Kedudukan


Tentukan di mana kertas dinding atau kepingan pertama akan ditampal dan acukan corak pada bahagian tengah dinding untuk melihat sejauh mana impak corak kepada persekitaran dari segi saiz dan juga warna .

Jika corak kertas dinding mempunyai ' kepala ' pastikan ia diletak di bahagian atas dan susun hingga ke pinggir . Corak-corak dari kepingan yang berbeza boleh dicantumkan dengan baik tetapi ini memerlukan ketelitian dengan menyambung dua corak yang terputus menjadi satu unit corak dengan baik dan kemas .

Sekiranya ada lebihan kertas dinding , jangan buang terus kerana ia masih boleh digunakan untuk mengisi ruang-ruang yang kosong seperti di celah-celah sudut atau rongga yang berlebihan .

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah


Cara Menampal


1 -Terdapat pelbagai gam atau pelekat yang dijual di pasaran . Gunalah produk yang bersesuaian dengan yang disyorkan oleh pengeluar .

2- Semasa menyapu pelekat , elakkannya daripada menitis atau terjatuh ke atas kertas .

3- Untuk menyapu gam atau pelekat , terbalikkan bahagian belakang di atas meja dan ratakan gam dari bahagian tengah membawa ke bahagian tepi dan sudut .

4- Ratakan atau jangan biar ia bertompok atau berbiji .


DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah

DIY Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah




Untuk mengetahui panduan penuh Cara Mudah Pasang Kertas Dinding Di Rumah , bolehlah layari website INI .


Load disqus comments

0 comments