DIY Buat Sendiri Scallop Kepala Langsir Di Rumah | Menempah langsir merupakan perkara mudah apatah lagi perkhidmatan tempahan ada kalanya menawarkan satu hari sahaja untuk langsir tersebut siap sepenuhnya . Pun begitu , adalah lebih baik jika anda tahu membuat scallop sendiri di rumah sekiranya anda ada banyak masa lapang terutama ketika hari cuti .
DIY Buat Sendiri Scallop Kepala Langsir Di Rumah
Untuk menghasilkan scallop kepala langsir seperti imej di atas , ada dua langkah yang perlu dilakukan . Langkah A adalah menghasilkan swag pada bahagian tepi dan langkah B adalah menghasilkan scallop pada bahagian tengah pula .
Bahan-bahan asas yang diperlukan :
1- Fabrik / kain 5 meter atau mengikut keperluan langsir .
2- Renda / hiasan langsir
3- Benang
4- Tape untuk kepala langsir / Heading
5- Cangkuk solo
A : Langkah Pembuatan Swag Bahagian Tepi
Untuk menghasilkan swag bahagian tepi , berikut adalah langkah-langkah menghasilkannya . Semoga dapat membantu anda .
Pola swag yang diperlukan adalah 33" x 13 "
1- Potong fabrik mengikut pola .
2- Tandakan kelebaran untuk lipatan .
3- Lipat mengikut kelebaran 2 1/2".
4- Semat dengan jarum . Nak lebih kemas , jahit jelujur dengan benang .
5- Jahit supaya lipatan menjadi kekal .
6- Rapikan lipatan sehingga bahgian bawah .
7- Jahit sedikit pada bahagian belakang supaya lipatan nampak lebih kemas .
8- Hasilnya , dipadankan pada bahagian tepi .
B : Langkah Pembuatan Scallop Bahagian Tengah
Scallop merupakan bahagian tengah yang melengkung . Berikut adalah langkah-langkah mudah menghasilkannya .
Buat pola scallop terlebih dahulu dengan
Ukuran labuh = 38 "
Ukuran lebar = 36" bahagi 2 = 18 ".
1- Potong fabrik mengikut pola .
2- Lipat dengan kelebaran 3" kiri dan kanan .
3- Pertemukan kedua-dua hujung kiri dan kanan .
5- Inilah hasilnya selepas dijahit .
0 comments