DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah | Bila masuk bulan Ramadhan , ada pelbagai makanan yang dijual di bazar ramadhan termasuklah pencuci mulut . Pencuci mulut Tau fu fa juga dijual sama ada dalam bentuk panas atau sejuk . Sangat segar dimakan untuk hidangan pembuka selera ketika berbuka .
Resepi Ringkas Cara Buat Tau Fu Fa Semudah ABC
Mungkin ramai antara anda tidak mengetahui bagaimana mahu menghasilkan tau fu fa .
Mungkin juga ada yang berfikir bahawa tau fu fa dihasilkan dari kacang soya yang diproses .
Sebenarnya , ada cara yang lebih mudah menghasilkan tau fu fa ini .
Berikut adalah cara mudah menghasilkan tau fu fa sedap lagi enak .
Bahan-bahan membuat tau fu fa yang perlu ada ialah :
2 kotak soya besar tau,
1 mug air,
1 peket agar-agar tali 10g/12g .
masak agar-agar bersama 1 cawan air.
bila agar-agar dah hancur , masukkan 2 kotak soya tadi .
tapis air soya bercampur agar - agar yang sudah mendidih .
Boleh masukkan dalam acuan mana yang korang suka.
Dalam tupperware pun boleh .
Sejukkan supaya tau fu fa keras sendiri pun boleh..
masak gula melaka dengan sedikit air hingga lebur dan tapis .
Campurkan gula melaka tadi bersama Taufu Fa yang dah lembut-lembut ni.
Sedap makan tau fu fa gula melaka ketika sejuk .
Facebook : Fida Fyda
0 comments