Cara Mudah Buat Beg Goodies Sendiri Di Rumah | Sekarang ini , musim perkahwinan adalah sepanjang tahun . Asal ada hari cuti sahaja , mesti akan ada majlis perkahwinan di mana - mana . Tak perlu tunggu cuti sekolah seperti satu masa dahulu .
Beg Goodies
Beg goodies merupakan barangan yang menjadi wajib ada di majlis sama ada majlis kahwin , majlis pertunngan , majlis sambutan hari jadi , majlis perasmian , majlis kenduri kesyukuran dan sebagainya . Sekarang ini , di pasaran banyak terdapat banyak beg goodies dengan pelbagai reka bentuk dan corak . Anda hanya perlu sediakan RM dan pilih sahaja yang bersesuaian dengan tema majlis anda .
Buat Sendiri
Bagi anda yang pentingkan bajet , reka bentuk serta memiliki masa untuk membuatnya dan ada daya kreativiti yang tinggi , membuat sendiri beg goodies dapat memberikan satu kepuasan yang maksima .
Cara Mudah Buat Beg Goodies Sendiri Di Rumah
Sekiranya anda berhasrat mahu menghasilkan beg goodies anda sendiri dan anda tercari - cari cara membuatnya , berikut adalah contoh lakaran beg goodies yang boleh anda jadikan contoh untuk menghasilkan beg goodies anda sndiri .
Cara Mudah
Kalau anda tidak mahu peningkan kepala , ada cara yang lebih mudah untuk anda hasilkan beg goodies anda sendiri . Anda hanya perlu dapatkan satu beg goodies yang anda suka , buka satu persatu seperti gambarajah di bawah , kemudian anda tekapkan sahaja ke atas material kertas yang anda nak gunakan . Lukislah mengikut bentuk lakaran beg goodies yang anda sudah buka itu .
Selamat Mencuba !
0 comments