Tuesday, April 5, 2016

DIY Buat Sepit Riben Rambut Sendiri Di Rumah


DIY Buat Sepit Riben Rambut Sendiri Di Rumah | Sepit rambut jika dipakaikan pada anak-anak menjadikan rambut anak-anak nampak kemas . Tapi selalunya sepit rambut hanya lekat dirambut anak-anak untuk seketika sahaja . Dalam pada mereka leka bermain , sepit rambut juga tanggal tanpa sedar dan hilang .


DIY Buat Riben Sendiri Di Rumah

Sepit rambut di pasaran ada pelbagai jenis dan corak . Malah pembuatan sepit juga menggunakan pelbagai jenis material yang berbeza . Kalau lihat sepit rambut yng terdapat di pasaran , menjadi rambang mata untuk memilihnya .

Harga sepit rambut di pasaran adalah mengikut jenis material dan rekaannya . Ada sepit rambut yang cantik di mata tetapi harganya tidak memadai / tidak sepatutnya .

Atas sebab itu , kepada anda yang kreatif dan rajin menghasilkan kraftangan sendiri di rumah , apa kata anda cuba buat sepit rambut riben sendiri di rumah berpandukan klip video di atas . Buat sendiri sepit rambut bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda boleh pilih sendiri material yang anda suka .


Load disqus comments

0 comments