Sunday, April 3, 2016

Teknik Mudah Tanam Pokok Bunga Ros


Teknik Mudah Tanam Pokok Bunga Ros | Rose adalah bunga kegemaran ramai orang . Di Malaysia , bukan sesuatu yang sukar untuk mendapatkan bunga ros tetapi sukar untuk menanamnya kerana cuaca yang tidak sesuai . Ramai orang telah mencuba dan selalunya pokok bunga ros dapat hidup hanya untuk seketika sahaja . Pun begitu , ada juga beberapa jenis pokok bunga ros yang boleh hidup selesa di bumi Malaysia ni seperti ros pengantin .


Tanam Pokok Bunga 


Melalui teknik menanam kali ini , saya mengajak anda untuk mencuba menanam pokok bunga ros yang ada di pasaran menggunakan teknik menanam pokok bunga ros yang saya temui dari internet . Teknik menanam mudah sahaja tetapi ada rahsia cara menanamnya . Kalau nak tahu , teruskan pembacaan anda .

Teknik Mudah Tanam Pokok Bunga Rose


Selalunya kita hanya menanam pokok bunga rose sama seperti menanam pokok bunga lainnya . Ianya menggunakan sebatang pokok bunga ros , tanah , baja dan air . Pada awalnya hidup tapi lama kelamaan akan mati . Berikut adalah langkah - langkah teknik tanam pokok bunga rose yang anda boleh jadikan panduan .


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

1- Gali Lubang


Anda perlu gali lubang yang berbentuk parit secara memanjang dan menegak . Sebahagian batang perlu berada di dalam tanah untuk mengelak dari panas cahaya matahari . Batang pokok bunga ros yang berada di dalam tanah sekurang-kurangnya 6 inci ( 15 cm ) . Dibawahnya pula perlu ada satu atau dua inci tanah . 

DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

2- Pilih Batang 


Pilih batang pokok bunga ros yang lebih kurang sama dengan besar sebatang pensil . Batangnya pula mestilah lurus , sudah mengeluarkan duri dan masih muda .


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

3- Pemotongan 


Pemotongan mestilah sekurang - kurangnya 9 inci ( 23 cm ) panjang . Pemotongan perlu dilakukan di atas tempat yang banyak mengeluarkan cabang . Selepas itu , buang semua daun yang ada . Sebahagian duri di bahagian bawah juga perlu dibuang . Hanya tinggalkan beberapa helai daun di bahagian atas jika mahu .


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

4- Tanam Batang


Masukkan setiap batang yang sudah anda kemaskan tadi ke dalam tubang . Tanam sepertiga batang tersebut dan dasarnya mestilah mencecah tanah . Setelah itu timbus dengan tanah . Pastikan bahagian batag yang ditanam adalah 6 inci ( 15 cm )


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

5- Padatkan Tanah


Selepas selesai menanam , padatkan tanah tersebut . Ini bertujuan supaya tiada ruang udara di dalamnya . Pastikan ianya di siram setiap pagi dan petang . Apabila sudah berakar , anda boleh aihkannya ke dalam pasu .


Tanam Batang Pokok Bunga Rose Pada Kentang


Ada teknik rahsia yang anda boleh gunakan untuk menanam pokok bunga ros ini . Untuk mengekalkan batang pokok bunga ros sentiasa segar , anda boleh pacakkan batang pokok bunga ros pada sebiji kentang .

DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose


Apabila memacakkan batang pokok bunga ros pada sebiji kentang , batang bunga ros itu dipercayai lebih mudah mengeluarkan akar kerana kentang mengandungi banyak air .


Saya tidak tahu sama ada teknik rahsia ini masih mampu untuk menjadikan pokok bunga ros yang ada di pasaran hidup di tanam di dalam cuaca Malaysia . Yang pasti , anda perlu mencuba untuk mengetahui hasilnya . Bagi yang gemar berkebun terutama menanam pokok bunga , tidak rugi anda mencubanya .



Load disqus comments

0 comments