Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Thursday, May 26, 2016

DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar



DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot | NUTRI POT adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram. Kerja menyiram pokok atau tanaman sekali sehari atau dua kali sehari adalah masalah bagi penduduk bandar yang bekerja. 'LESS WATERING' itulah nuti pot. Hanya perlu siram 1 atau 2 kali siraman seminggu diperingkat awal dan 10 hingga 15 hari sekali siraman diperlukan. Itulah kaedah NUTRI POT .


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot 


Kaedah tanaman nutri pot mungkin baru bagi sebahagian daripada anda . Namun ianya sangat sesuai untuk rumah bandar yang tidak punya halaman yang besar . Kaedah nutri pot ini tidak memerlukan anda menyiram tanaman dengan kerap , tiada jentik-jentik dan tidak perlu membuang rumput .

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk kaedah penanaman nutri pot .



DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

1- dapatkan set nutri pot iaitu pasu , baldi , baja dan sumbu  .


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

2- Sediaan sumbu yang bersambungan dengan bekas air  ( bahagian bawah ) ke pasu .


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

3- Masukk air baja ke dalam baldi ( bahagian bawah )


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

4- Kemudian masukkan tanah yang dianjurkan ke dalam pasu ( bahagian atas ) .

DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

5- Tanamlah pokok/ biji benih yang anda mahu .


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

Inilah hasilnya.

DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

Anda boleh juga menggunakan pasu pilihan sendiri .


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar

Kemudian meletakkannya di atas baldi / tong cat yang sudah diisi air yang mengandungii baja . 


DIY Tanam Pokok Guna Kaedah Nutri Pot Sesuai Untuk Rumah Bandar


Kepada anda yang mahu dapatkan nutri pot , nutri pot ada di jual di mudah.my dan di SINI .


Read more

Saturday, May 21, 2016

DIY Buat Racun Organik Di Rumah


DIY Buat Racun Organik Di Rumah | Racun serangga yang terdapat dijual di kedai diketahui mengandungi bahan kimia . Bahan kimia ini memang dapat membunuh serangga tetapi untuk jangka panjang , ianya tidak elok untuk kesihatan tubuh kita .

Untuk lebih selamat dan semula jadi , adalah lebih baik kita hasilkan sendiri racun serangga sendiri di rumah untuk tanaman kita . Bukan sekadar bebas kimia , malah ianya bersifat organik . 


DIY Buat Racun Organik Di Rumah


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

Untuk mengawal serangan kutu trip..hamama, lalat putih dan lain serangga mengunyah..bahan-bahan dan peralatan untuk menghasilkan racun serangga organik di rumah mudah sahaja .


Sediakan bahan - bahan :

Bawang putih & cili padi..
Nisbah = 1 liter air : 3 ulas bawang putih
1 liter air : 12 -15 cili padi (lagi banyak lagi power ramuan)


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

Kaedahnya menyediakannya :


1) Blend bawang putih hingga hancur campurkan sedikit air, selesai blend campurkan dengan 1 Liter air


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

2) Blend cili api masukkan sedikit air, selesai blend campurkan 1 Liter air


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

3) Selesai Blend kedua-dua bahan tapis dari sebarang sisa blend (takmahu tersumbat saluran penyembur racun)


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

4) Selesai tapis campurkan kedua-dua bahan yang telah diblend dalam satu bekas. 


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

5) Hasil campuran boleh masukkan dalam botol penyembur racun dan boleh sembur ke bahagian pokok/tanaman yang diserang.

6) Waktu sesuai untuk menyembur racun antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan ketika cuaca kering. Elakkan sembur waktu hujan

Kekerapan aplikasi?


sembur pada pokok 2 hari sekali. kalau teruk setiap hari. Ingat mencegah lebih baik dari merawat


Read more

Thursday, May 19, 2016

DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah


DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah | Pokok kesum merupakan herba campuran dalam masakan . Baunya yang menyegat itu sangat harum bila dimasukan ke dalam masakan asam pedas dan juga laksa . Selain itu , daun kesum juga mengandungi banya khasiat dalam kesihatan .

DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah

DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah


Pokok kesum mudah didapati dan hidup di kawasan tanah yang terdapat banyak air . Ini kerana sifatnya yang memang perlukan banyak air . 

Jika anda tidak punya banyak tanah untuk menanam pokok kesum terutamanya rumah di kawasan bandar , maka idak menjadi masalah kepada pokok kesum untuk hidup di dalam air sahaja . 

Untuk itu , anda boleh gunakan kaedah hidroponik iaitu menggunakan air sebagai medium untuk menggantikan tanah . 

Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk tanam pokok kesum guna kaedah hidroponik / tanpa tanah .

DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah

Cucukkan batang pokok kesum pada span sehingga melepasi span .


DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah

Cucukkan pula batang kesum yang sudah ada span tadi pada polisterin .
Buat kaedah yang sama banyak-banyak .


DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah

Selepas beberapa hari, batang pokok kesum sudah mengeluarkan akar yang banyak .

DIY Tanam Pokok Kesum Guna Kaedah Hidroponik / Tanpa Tanah

Inilah hasil yang anda dapat lihat .



Facebook : Master Gardener PPj



Read more

Tuesday, April 19, 2016

Tanam Sayur Dalam Batang Pisang


Tanam Sayur Dalam Batang Pisang | Bagi orang yang gemar berkebun dan menanam sayuran sendiri , banyak cara dan bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menjadi medium penanaman .sayuran . 


Tanam Sayur Dalam Batang Pisang

Batang Pisang


Di belakang dan depan rumah Cynta ada banyak pokok pisang . Pokok pisang itu dah banyak kali tuai buahnya . Selepas menebang pokok pisang , ambil buahnya , batang pisang dibuang atau dibiarkan kering begitu sahaja sebab Cynta tak tahu batang pisang ada kegunaan lain sebelum jumpa imej di atas .

Batang pisang ni menyimpan air . Selepas ditebang , batang pisang akan ambil masa beberapa hari untuk kecut dan kering. Sementara batang pisang masih basah , anda boleh tanam pokok pada batang pisang tersebut .

Tanam Sayur Dalam Batang Pisang


Cara nak tanam pokok pada batang pisang mudah je . Anda cuma perlu tebuk / buat beberapa lubang pada batang pisang . Selepas itu , masukkan anak pokok dan taburkan tanah . Anda tak perlu siram air sebab batang pisang tu dah ada air . 

Jenis pokok


Pokok yang sesuai anda tanam pada batang pisang adalah pokok yang pendek hayatnya seperti sawi , salad , dan daun sup , saderi pokok ketumbar dan bawang yang sudah berdaun .


Read more

Sunday, April 3, 2016

Teknik Mudah Tanam Pokok Bunga Ros


Teknik Mudah Tanam Pokok Bunga Ros | Rose adalah bunga kegemaran ramai orang . Di Malaysia , bukan sesuatu yang sukar untuk mendapatkan bunga ros tetapi sukar untuk menanamnya kerana cuaca yang tidak sesuai . Ramai orang telah mencuba dan selalunya pokok bunga ros dapat hidup hanya untuk seketika sahaja . Pun begitu , ada juga beberapa jenis pokok bunga ros yang boleh hidup selesa di bumi Malaysia ni seperti ros pengantin .


Tanam Pokok Bunga 


Melalui teknik menanam kali ini , saya mengajak anda untuk mencuba menanam pokok bunga ros yang ada di pasaran menggunakan teknik menanam pokok bunga ros yang saya temui dari internet . Teknik menanam mudah sahaja tetapi ada rahsia cara menanamnya . Kalau nak tahu , teruskan pembacaan anda .

Teknik Mudah Tanam Pokok Bunga Rose


Selalunya kita hanya menanam pokok bunga rose sama seperti menanam pokok bunga lainnya . Ianya menggunakan sebatang pokok bunga ros , tanah , baja dan air . Pada awalnya hidup tapi lama kelamaan akan mati . Berikut adalah langkah - langkah teknik tanam pokok bunga rose yang anda boleh jadikan panduan .


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

1- Gali Lubang


Anda perlu gali lubang yang berbentuk parit secara memanjang dan menegak . Sebahagian batang perlu berada di dalam tanah untuk mengelak dari panas cahaya matahari . Batang pokok bunga ros yang berada di dalam tanah sekurang-kurangnya 6 inci ( 15 cm ) . Dibawahnya pula perlu ada satu atau dua inci tanah . 

DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

2- Pilih Batang 


Pilih batang pokok bunga ros yang lebih kurang sama dengan besar sebatang pensil . Batangnya pula mestilah lurus , sudah mengeluarkan duri dan masih muda .


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

3- Pemotongan 


Pemotongan mestilah sekurang - kurangnya 9 inci ( 23 cm ) panjang . Pemotongan perlu dilakukan di atas tempat yang banyak mengeluarkan cabang . Selepas itu , buang semua daun yang ada . Sebahagian duri di bahagian bawah juga perlu dibuang . Hanya tinggalkan beberapa helai daun di bahagian atas jika mahu .


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

4- Tanam Batang


Masukkan setiap batang yang sudah anda kemaskan tadi ke dalam tubang . Tanam sepertiga batang tersebut dan dasarnya mestilah mencecah tanah . Setelah itu timbus dengan tanah . Pastikan bahagian batag yang ditanam adalah 6 inci ( 15 cm )


DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose

5- Padatkan Tanah


Selepas selesai menanam , padatkan tanah tersebut . Ini bertujuan supaya tiada ruang udara di dalamnya . Pastikan ianya di siram setiap pagi dan petang . Apabila sudah berakar , anda boleh aihkannya ke dalam pasu .


Tanam Batang Pokok Bunga Rose Pada Kentang


Ada teknik rahsia yang anda boleh gunakan untuk menanam pokok bunga ros ini . Untuk mengekalkan batang pokok bunga ros sentiasa segar , anda boleh pacakkan batang pokok bunga ros pada sebiji kentang .

DIY : Teknik Tanam Pokok Bunga Rose


Apabila memacakkan batang pokok bunga ros pada sebiji kentang , batang bunga ros itu dipercayai lebih mudah mengeluarkan akar kerana kentang mengandungi banyak air .


Saya tidak tahu sama ada teknik rahsia ini masih mampu untuk menjadikan pokok bunga ros yang ada di pasaran hidup di tanam di dalam cuaca Malaysia . Yang pasti , anda perlu mencuba untuk mengetahui hasilnya . Bagi yang gemar berkebun terutama menanam pokok bunga , tidak rugi anda mencubanya .



Read more