Tuesday, April 19, 2016

Tanam Sayur Dalam Batang Pisang


Tanam Sayur Dalam Batang Pisang | Bagi orang yang gemar berkebun dan menanam sayuran sendiri , banyak cara dan bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menjadi medium penanaman .sayuran . 


Tanam Sayur Dalam Batang Pisang

Batang Pisang


Di belakang dan depan rumah Cynta ada banyak pokok pisang . Pokok pisang itu dah banyak kali tuai buahnya . Selepas menebang pokok pisang , ambil buahnya , batang pisang dibuang atau dibiarkan kering begitu sahaja sebab Cynta tak tahu batang pisang ada kegunaan lain sebelum jumpa imej di atas .

Batang pisang ni menyimpan air . Selepas ditebang , batang pisang akan ambil masa beberapa hari untuk kecut dan kering. Sementara batang pisang masih basah , anda boleh tanam pokok pada batang pisang tersebut .

Tanam Sayur Dalam Batang Pisang


Cara nak tanam pokok pada batang pisang mudah je . Anda cuma perlu tebuk / buat beberapa lubang pada batang pisang . Selepas itu , masukkan anak pokok dan taburkan tanah . Anda tak perlu siram air sebab batang pisang tu dah ada air . 

Jenis pokok


Pokok yang sesuai anda tanam pada batang pisang adalah pokok yang pendek hayatnya seperti sawi , salad , dan daun sup , saderi pokok ketumbar dan bawang yang sudah berdaun .


Load disqus comments

0 comments