Saturday, May 21, 2016

DIY Buat Racun Organik Di Rumah


DIY Buat Racun Organik Di Rumah | Racun serangga yang terdapat dijual di kedai diketahui mengandungi bahan kimia . Bahan kimia ini memang dapat membunuh serangga tetapi untuk jangka panjang , ianya tidak elok untuk kesihatan tubuh kita .

Untuk lebih selamat dan semula jadi , adalah lebih baik kita hasilkan sendiri racun serangga sendiri di rumah untuk tanaman kita . Bukan sekadar bebas kimia , malah ianya bersifat organik . 


DIY Buat Racun Organik Di Rumah


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

Untuk mengawal serangan kutu trip..hamama, lalat putih dan lain serangga mengunyah..bahan-bahan dan peralatan untuk menghasilkan racun serangga organik di rumah mudah sahaja .


Sediakan bahan - bahan :

Bawang putih & cili padi..
Nisbah = 1 liter air : 3 ulas bawang putih
1 liter air : 12 -15 cili padi (lagi banyak lagi power ramuan)


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

Kaedahnya menyediakannya :


1) Blend bawang putih hingga hancur campurkan sedikit air, selesai blend campurkan dengan 1 Liter air


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

2) Blend cili api masukkan sedikit air, selesai blend campurkan 1 Liter air


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

3) Selesai Blend kedua-dua bahan tapis dari sebarang sisa blend (takmahu tersumbat saluran penyembur racun)


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

4) Selesai tapis campurkan kedua-dua bahan yang telah diblend dalam satu bekas. 


DIY Buat Racun Organik Di Rumah

5) Hasil campuran boleh masukkan dalam botol penyembur racun dan boleh sembur ke bahagian pokok/tanaman yang diserang.

6) Waktu sesuai untuk menyembur racun antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan ketika cuaca kering. Elakkan sembur waktu hujan

Kekerapan aplikasi?


sembur pada pokok 2 hari sekali. kalau teruk setiap hari. Ingat mencegah lebih baik dari merawat


Load disqus comments

0 comments