Tuesday, September 13, 2016

DIY Buat Sata Sendiri Di Rumah


DIY Buat Sata Sendiri Di Rumah | Sata merupakan makanan tradisi negeri Terengganu . Kalau anda pergi ke Terengganu , sangat mudah untuk anda mendapatkan sata di tepi jalan . Sata ini merupakan isi ikan yang dicampurkan dengan tepung kemudian diungkus dengan daun pisang dan dipanggang macam satay .


DIY Buat Sata Sendiri Di Rumah

DIY Buat Sata Sendiri Di Rumah


Kalau tetiba teringin nak makan sata , tak mungkinlah kita akan pergi ke Terengganu kalau kita berada di utara , selatan mahupun Sabah dan Serawak . Bukan sekadar jauh , malah ianya membazir masa , petrol dan Rm juga . 

Apa kata kita cuba  Buat Sata Sendiri Di Rumah mengikut panduan di bawah .


DIY Buat Sata Sendiri Di Rumah

Bahan-bahannya : 


5 ekor ikan sardin/selayang
3/4 biji kelapa putih
6 biji bwg merah (ditumbuk)
Seinci halia (ditumbuk)
Sedikit daun kesom (diracik halus)
1 sdb cili boh
1 biji telur
Garam,gula dan abe aji
Resepi rahsia budu sedikit
Cili api potong kecil2 x nk pedas potong cili besar
Daun pisang layur atas api


Caranya membuatnya :


1- Ikan ambil isinya
2- Tumbuk atau mesin
3- Gaul dgn bahan yang lain
4- Ambil daun pisang buat kelongsong
5- Bakar/goreng jer atas kuali leper


DIY Buat Sata Sendiri Di Rumah



Tara....siap...yumm yumm..sedap sehingga menjilat jari. Kalah sata di kedai . Tapi rasa biar ada manis-manis masin..kalu tawar tak sedap jugok.


Kredi t: Surita Hassan



Read more

Thursday, September 8, 2016

DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah



DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah | Kuih Kelupis merupakan kuih tradisi negeri Sarawak . Bahan utama untuk menghasilkan Kuih Kelupis adalah beras pulut . Ia seakan lepat pulut di semenanjung cuma bezanya lepat menggunakan beras pulut yang dicampur kelapa parut .

Alhamdulillah . Ramai yang dah share resepi Kelupis sarawak ni. Sebab sebelum ni pernah share kat macam macam group masakan. Semoga bermanfaat dan panjang panjangkanlah ilmu ni kpd sesiapapun. Nak juga simpan dlm album untuk rujukan diri sendiri. Rakan taulan yg belum share. Dipersilakan. Selamat mencuba.


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

DIY Cara Mudah Buat Kuih Kelupis Sarawak 


Bahan utama untuk membuat kuih kelupis sarawak adalah

  • beras pulut
  • santan pekat
  • sedikit garam
  • daun palas 
Langkah-langkah membuatnya pula adalah seperti berikut :

DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

1- Rendam beras pulut selama 1 - 2 jam


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

2- Masak pati santan bersama sedikit garam . 
Masak sehingga mendidih .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

3- Toskan beras pulut , masukkan ke dalam santan .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

4- Sukatan santan mestilah sekata dengan beras pulut .



DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

5- Beras pulut mestilah dikacau dengan kerap untuk elak hangus .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

6- Kacau beras pulut sampailah semua santan meresap ke dalamnya .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

7- Masukkan beras pulut ke dalam pengukus .
Kukus beras pulut sampai masak .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

8- Apabila pulut sudah masak , keluarkan dan tuangkan ke dalam dulang besar .
Selepas itu , ratakan pulut seperti gambar di atas .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

9- Potong pulut sama besar .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

10- Rapikan bentuk potongan pulut menggunakan upih pinang .
Boleh juga menggunakan daun pisang .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

11- Susun Pulut Yang Sudah Dirapikan di dalam talam .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

12- Ambil daun palas , masukkan pulut dan bungkus sperti gambar di atas .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

13- Ambil 4-5 bungkus kuih kelupis , kemudian ikat jadi satu menggunakan tali rapia .



DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah

14- Kukus kuih kelupis selama 40 hingga 60 minit .


DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi Langkah


Kuih kelupis sedap dimakan bersama kari ayam .









Read more

Wednesday, September 7, 2016

DIY Cara Mudah Buat Putu Mayam Sendiri Di Rumah


DIY Cara Mudah Buat Putu Mayam Sendiri Di Rumah | Masih ada yang tak tahu cara nak menyediakan putu mayam ? Jujurnya , Chinta pun tidak tahu cara nak buat putu mayam . Jadi bila Chinta jumpa resepi cara mudah buat putu mayam ini di facebook , Chinta kongsikan bersam anda di sini .

DIY Cara Mudah Buat Putu Mayam Sendiri Di Rumah



Berikut adalah cara-cara mudah membuat putu mayam selangkah demi selangkah . Semoga mudah bagi anda nak mencuba resepi ringkas putu mayam ini nanti .




DIY Cara Mudah Buat Putu Mayam Sendiri Di Rumah

1- Dapatkan bee hoon  yang sesuai

DIY Cara Mudah Buat Putu Mayam Sendiri Di Rumah

2- kisar 7 helai daun pandan

3- Tapis air pandan

4- Rendam bee hoon di dalam air pandan .

3- Keluarkan bee hoon dan kukus dalam masa 15 minit .


DIY Cara Mudah Buat Putu Mayam Sendiri Di Rumah


Facebook : Izeliwani Haji Ismail



Read more

Tuesday, September 6, 2016

DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah | Bila masuk bulan Ramadhan , ada pelbagai makanan yang dijual di bazar ramadhan termasuklah pencuci mulut . Pencuci mulut Tau fu fa juga dijual sama ada dalam bentuk panas atau sejuk . Sangat segar dimakan untuk hidangan pembuka selera ketika berbuka .


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah

Resepi Ringkas Cara Buat Tau Fu Fa Semudah ABC


Mungkin ramai antara anda tidak mengetahui bagaimana mahu menghasilkan tau fu fa . 
Mungkin juga ada yang berfikir bahawa tau fu fa dihasilkan dari kacang soya yang diproses .
Sebenarnya , ada cara yang lebih mudah menghasilkan tau fu fa ini .

Berikut adalah cara mudah menghasilkan tau fu fa sedap lagi enak .


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah

Bahan-bahan membuat tau fu fa yang perlu ada ialah :

2 kotak soya besar tau,
1 mug air,
1 peket agar-agar tali 10g/12g .


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah

masak agar-agar bersama 1 cawan air.


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah

bila agar-agar dah hancur , masukkan 2 kotak soya tadi .


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah

tapis air soya bercampur agar - agar yang sudah mendidih .
Boleh masukkan dalam acuan mana yang korang suka. 
Dalam tupperware pun boleh .
Sejukkan supaya tau fu fa keras sendiri pun boleh..


DIY Cara Buat Tau Fu Fa Sendiri Di Rumah

masak gula melaka dengan sedikit air hingga lebur dan tapis .


Campurkan gula melaka tadi bersama Taufu Fa yang dah lembut-lembut ni. 
Sedap makan tau fu fa gula melaka ketika sejuk .




Facebook : Fida Fyda


Read more

Monday, September 5, 2016

DIY Buat Jem Kacang Sendiri Di Rumah


DIY Buat Jem Kacang Sendiri Di Rumah Suka makan jem kacang dengaan roti ? Chinta sangat suka jem kacang . Selalunya Chinta cuma calit dengan jari dan terus masuk mulut . Jem kacang ni selain boleh sapu pada raoti , juga boleh dibuat biskut , ais krim , sos dan sebagainya .



DIY Buat Jem Kacang Sendiri Di Rumah


Cara Mudah Buat Jem Kacang


Jem kacang ni sebenarnya anda boleh buat sendiri di rumah . Kelebihan buat sendiri ni , kita boleh tambah apa sahaja bahan yang kita mahu . Kita pun boleh dapatkan rasa yang kita mahu . Mungkin nak letak perasa vanilla , nak letak perasa kayu manis dan lainnya . 


DIY Buat Jem Kacang Sendiri Di Rumah


Proses nak hasilkan jem kacang ni , pembaca boleh saja ikut langkah - langkah di bawah ni .
  1. Dapatkan kacang tanah ( tiada kulit ) yang sudah siap dipanggang .
  2. Kisar kacang tanah hingga halus .
  3. Ambil sedikit kacang tanah yang sudah dikisar dan kepal menjadi bebola .
  4. Kisar lagi sehingga menjadi pes kacang dan mengelurakan minyak .

Mudah saja kan . Apa kata pembaca cuba resepi jem kacang ini .
Read more

Sunday, September 4, 2016

DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap


DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap | Telur pindang merupakan buah tangan wajib bagi majlis perkahwinan di negeri Johor satu ketika dahulu . Kini , sudah tidak ramai yang menggunakan telur pindang sebagai buah tangan ( doorgift ) mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk menyediakannya ataupun resepinya sudah makin dilupakan .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap


Telur pindang dihasilkan menggunakan ramuan pelbagai jenis daun dan pelbagai jenis rempah untuk hasilkan rasa dan warna yang menarik . Di samping itu , pembuatan telur pindang juga mengambil masa 3 hari supaya aroma dan rasanya benar-benar meresap ke dalam telur .

Berikut adalah Resepi Buat Telur Pindang Mudah Dan Sedap langkah demi langkah dalam jumlah yang besar terutama untuk majlis perkahwinan supaya mudah untuk anda mencubanya .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

telur

 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

Daun manggis
Daun jambu batu
Daun serai
Serai
Daun lengkuas
Daun senduduk
Daun kari
Daun salam
Daun mengkudu
Daun kunyit
Kulit bawang merah kecik


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

taburkan garam


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

letak telur berselang daun .
buat 3 lapisan .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan untuk dikisar .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

Setiap layer bubuh ramuan-ramuan yang di kisar tadi .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

Tutup telur dengan semua daun yang ada .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

Bubuh air sampai paras telur 
Masak menggunakan api kecik selama 3 hari


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap

Buka selepas 3 hari 3 malam .


 DIY Buat Telur Masak Pindang Mudah Dan Sedap



Tips :

 Rempah kari, asam jawa dan bawang-bawang tu tak payah letak pun tak apa kalau untuk makan sendiri .
 cuma kulit bawang je yang penting 
dan lagi 1 jangan letak daun manggis banyak sangat nanti pahit rasanya .
memang warna telur akan jadi cantik.

Cuka digunakan untuk jadikan telur pindang tahan lama .
Read more

Saturday, September 3, 2016

DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin


DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin | Ada masanya kita rasa nak memanggang tapi tak ada peralatannya bukan . Sebenarnya kita boleh buat DIY pemanggang BBQ mudah dengan hanya menggunakan bahan terbuang / kitar semula yang ada di sekeliling kita . Kaedah ini boleh anda gunakan sekiranya anda berkhemah bersama kawan - kawan dan keluarga di kawasan air terjun contohnya .


DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin


Pemanggang BBQ Guna Tin


DIY pemanggang BBQ mudah boleh anda hasilkan dengan menggunakan tin makanan yang kosong . Kalau boleh , dapatkan tin bersaiz besar . Anda hanya perlu belah separuh bahagian tepi tin kepada beberapa bahagian . Selepas itu anda perlu tekan keluar sedikit seperti gambar di bawah . Tutupkan tin tadi dengan kertas aluminium . Sekarang , bolehlah anda mulakan proses memanggang ya . 


DIY : Pemanggang BBQ Guna Tin


Bila anda sudah selesai menggunakannya , anda boleh sahaja membuangnya . DIY pemanggang BBQ mudah ibarat barangan pakai buang . Tak perlu anda beratkan beg anda untuk membawanya pulang . Mudah sahaja bukan !  Bolehlah cuti sekolah nanti anda ber BBQ dengan anak - anak anda di rumah .


Read more

Friday, September 2, 2016

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah


DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah | Henna adalah seni lukisan menggunakan inai di tangan kaum wanita yang mahu mendirikan rumahtangga . Pemakaian Henna ini adalah tradisi kaum India . Kini Henna juga dipakai oleh pengantin Melayu . Yang pasti ianya halal.


DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah


Ada pelbagai corak henna yang boleh dilukis pada tangan wanita . Pun begitu , jika anda baru nak berjinak-jinak dengan seni melukis menggunakan henna ini , berikut adalah panduan yang anda boleh gunakan .


DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah

DIY Belajar Buat Henna Yang Mudah



Read more